2012年8月1日星期三

Tamadun Hwang Ho


Tamadun Hwang Ho                                            

Lokasi

·       Sungai merupakan nadi utama bagi pembentukan tamadun Hwang Ho.

·       Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

·       Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China .

·       Hwang Ho mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.

Ciri-ciri fizikal lokasi : bergunang-ganang dan berpadang pasir .



Kerangka Masa

·       Kemunculan tamadun dikesan daripada jumpaaan tengkorak homo sapien , juga dikenali sebagai Peking Men pada sekitar tahun 400 000 S.M..

(Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik)

·       Zaman Neolitik muncul pada sekitar tahun 5000 S.M..

(Era ini munculnya akitiviti  pertanian dan penternakan.)



·       Dinasti Hsia merupakan dinasti beraja pertama di China yang bermula pada sekitar tauhn 2205-1766 S.M..

-Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang ,kebangkitan hamba telah dimunculkan kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.



-Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei megambil kesempatan untuk mengyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintana Dinasi Chou.







Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

·       Kesuburan kawasan sekitar Hwang Ho telah menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap , membina petempatan awal.

·       Mereka menjalankan aktiviti pertanian ,penternakan binatang ,mengunpul hasil hutan dan memburu.

·       Perkembangan petempatan awal ini           melahirkan beberapa buah Bandar di Lembah Hwang Ho.



·       Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang .

    

 Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran buadaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.





Ciri-ciri      

Negara Kota -Anyang

·       terletak di kawah tanah tinggi di Sungai Huan

·       terdapat istana , kuil dan pusat pentadbiran di Bandar.

·       Ketua pemerintahan(raja, golongan pembesar dan golongan agama) tinggal di kawasan bandar.

·       Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok  .

v Untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh                         

              perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.



Organisasi Sosial

·       Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang dapat dibahagikan kepada dua , iaita lapisan atasan dan lapisan bawahan

·       Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui   oleh raja.

·       Lapisan bawahan dibentuk oleh golongan petani.

Golongan ini yang membentuk sebahagian besar pendudukyang mendiami     kawasan tinggal di luar bandar , inaitu di sekeliling Negara kota.

·       Golongan artisan juga terdapat dalam lapisan bawahan.

Golongan ini  wujud sebahagian besar kerana penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.

·       Gangsa telah digunakan untuk menghasilkan senjata,perisaidan hiasan pada kereta kuda (digunakan oleh tentera ,serta peralatan untuk upacara keagamaan)

·       Hanyalah golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.

·       Maka, golongan pembesar menggunakan keistimewaan mereka untuk menundukkan golongan bawahan.

·       Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

v Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.


Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho.







Pengkhususan pekerjaan

·       Terdapat dua kumpulan tentera :

-        Tentera yang menggunakan kereta kuda

-        Tentera berjalan kaki.

·       Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan untuk memenuhi keperluan golongan atasan .

·       Golongan artisan yang berperanan untuk cipta pelbagai barangan tembaga .

·       Golongan hamba berfungsi sebagai :

-        Tentera paksaan

-        Digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan

-        Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.



Sistem pemerintahan

·       Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja .

·       Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atatu anak lelaki raja.

·       Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran .

·       Masyarakat tamadun ini percaya bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan


Mandat daripada tuhan :                                                  

Masyarakat Hwang Ho percaya bahawa raja memerintah dengan adil , kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan.



·       Urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

·       Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran , pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan.

·       Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.

-Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti: pungutan cukai , pertahanan, undang-undang

·       Dinasti Chou telah mengasimilasikan sistem yang sama apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.



Dinasti Chou

·       Raja – raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah.

·       Mereka telah melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

·       Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui :

-Ikrar taat setia kepada pemerintahan Chou

-Memberikan hadiah seperti kereta kuda ,senjata gangsa ,hamba ,binatang

·       Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang .

·       Pembesar tempatan diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama

-        Untuk menjalankan upacara pengorbanan



Agama dan kepercayaan

·       Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan :


Animisme

Kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh ) orang mati



Politeisme

Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan



·       Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.

·       Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-ti) , tuhan bumi (Tu)  , di samping penyembahan terhadap sungai , bukit dan gunung.

·       Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban yang diketuai oleh golongan bomoh.

·       Jumpaan tulang binatang dan kulit kura kura di Anyang juga merupakan keunikan tamadun ini .

-        Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulang oracle.

-        Fungsinya adalah untuk meramal sesuatu keadaan.

-        Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbuh rekahan .

-        Rekahan ini akan ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Sistem Tulisan

·       Rekahan-rekahan pada tulang oracle telah menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.

·       Tulisan China berbentuk ideogram ,iaitu tulisan berbentuk symbol.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

1.    Pembinaan sistem pengairan

·       Terusan-terusan telah dibinakan untuk mengairkan kawasan pertanian  dan mengelakkan berlakunya banjir.

·       Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.

·       Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian .



2.    Pembangunan dalam sector pertanian

·       Pembangunan ini telah membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.

·       Pada zaman ini , petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

·       Petani China juga mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.



3.    Sistem Tulisan

·       Sistem tulisan ini telah berkembang secare evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.

·       Tulisan ini telah digunakan dalam penulisan dan percetakan secara luas.

·       Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.

·       Tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.



4.    Pemujaan roh nenk moyang

·       Merupakan salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini.

·       Misalnya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan.

·       Unsur ini telah digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barangan perhiasan.





5.    Konsep Yin dan Yang , Feng Hsui

·       Ini merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China.

·       Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengapi , iaitu Yin dan Yang.

-Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.

·       Semasa pemerintahan Shang , sistem kalendar telah diperkenalkan.

·       Kalendar ini terdapat 30hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.

·       Raja menggunakan kalendar ini untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.

·       Amalan penggunaan calendar telah diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan ,perburuhan ataupun pengkebumian.



6.    Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

·       Karya falsafah ini , the Art of War telah membicarakan tentang:

-Selok-belok perang

-Cara menangani musuh

·       Falsafah tersubut juga diaplokasihkan sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini.

Tamadun Indus

  • Tamadun Indus ialah Tamadun yang terawal di India.

  • Terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus

  • Juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini.

  • Tamadu Indus terletak di bahagian barat laut India.




Kerangka Masa
-Muncul pada sekitar tahun2500S.M, dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
-Faktor kehancuran tamadun ini masih belum jelas sehingga ini. Antara faktor yang dikemukakan ialah tamadun Indus diserang orang Aryan serta bancana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi.





Proses Pembentukan
-Penduduk yang hidup secara nomad wujud di bahagian barat laut India, iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan. Mereka kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus yang mempunyai tanah subur dan menyediakan sumber air.
-Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepda perkembangan bandar.
-Dua bandarutama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Lothal dan Sutkagen Dor pula merupakan bandar pelabuhan yang penting.





Ciri-ciri Tamadun Indus 
1. Petempatan Kekal
a. Pembetukan bandar terancang wujud. Bandarnya terbahagi kepda 2 bahagiandan dikelilingi oleh tembok.
b. Bahagianutama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan banguan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
c. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan.
d. Bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan Mesopotamia dan Mesir Purba.
e. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain, setiap bandar juga mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
f. Jalan perhubungan bandar-bandar ialah jalan raya dan sungai.
 
 

2. Organisasi Sosial 
a. Maklumat dan sumber temtang organisasi sosial tamadun ini adalah tidak jelas.
b. Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagian kepada 2 golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
c. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan. Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta atas dasar keagamaan ini. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
d. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
e. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.



3. Pengkhususan Pekerjaan 
a. Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertukangan, dan pembuatan.
b. Aktiviti perdagangan secara khusus menbabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
c. Penanaman seperti menanam makanan (barli, kacang dan sebagainya) dijalankan.
d. Artisan-pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.



4. Agama 
a. Bukti kewujudan amalan agama penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
b. Patung proto-Siva : menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tandik di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu, dan Siva. Kewujudan objek ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu Kemudiannya.
c. Masyarakat Indus juga mempercayai Tuhan Ibu. Ia dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam Masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.



5. Sistem Tulisan  
a. Tulisan berbentuk piktograf. Namun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.





Sumbangan Tamadun Indus 
1. Antara sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun.


2. Bandat terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
- Gabungan kepakaran tentang ilinu geometri, kesenian, matematik sangat diperlukan.
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Mutu bahan binaan turut ditingkatkan. Masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat, tetapi juga melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
 

3. Sifat keterbukaan tamadun Indus dengan berhubung dengan lain telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi dan sebagainya.


4. Tamadun Indus telah menujukkan kedamaian dan keamanan ialah tunjung kepada kekuatan sesebuah bangsa unruk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Tamadun Mesir Purba


Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba

·       Sejak tahun 5000 S.M. orang yang menetap di lembah Sg Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.

·       Mereka menggunakan alat gangsa untuk membina system perparitan dan pengairan untuk pertanian

·       Mereka membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan kesuburan tanah

·       Kesemua nome disatukan dan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Misalna bandar Memphis, Thines dan Thebes,



Ciri- ciri Tamadun Mesir Purba

Petempatan kekal

·       Firaun Menes Berjaya menyatukan semua nome di bawah satu kerajaan

·       Beliau memulik bandah Thinis sebagai pusat pentadbiran

·       Kemudian, pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis

·       Bandar menjadi tempat kediaman diraun, pusat pentadbiran, pusat perdagangan, pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk

Organisasi sosial

·       Dalam masyarakat mesir, firaun atau raja mesir menduduki tempat tertinggi

·       Firaun berkuasa mutlak dan dianggap suci

·       Firaun di anggap sebagai jelmaan Tuhan Horus pada zaman kerajaan lama, tetapi pada zaman pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun dianggap sebagai Raja Matahari kerana masyarakat Mesir percaya firaun ialah anak Tuhan Matahari, Amon- Re

·       Jawatan firaun di sandang secara warisan

·       Tanggungjawab firaun ialah ketua pentadbit, ketua pendeta, ketua hakim, ketua pahlawan dan pemilik tanah

·       Di bawah raja, terdapat satu golongan yang terdiri daripada bangsawan, rahib tuan tanah dan jurutulis

·       Golongan seterusnua ialah rakyat yang bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.

·       Golongdan hamba menduduki tempat yang paling rendah dalam masyarakat ini.

·        

Sistem pemerintahan

·       Raja Mesir atau firaun mengeruai system pemerintahan

·       Golongan bangsawan membantu firaun menjalankan pentadbiran, menjaga keamaan, mengurus dan mengagihkan pengeluaran makanan di dalam Negara

·       Golongan bangsawan dilantil sebagai pegawai, penasihat dan gabenor yang mentadbit wilayah yang ditakluki

·       Golongan rahib ditugaskan untuk mentadbit hal-hal keagaam

·       Para turutilis yang terdiri daripada orang awam dilantik untik mencatat segala urusan kerajaan

·       Wanita juga boleh mengiktiraf sebagai pemimpin. Hal ini terbukti dengan pelantikan seorang firaun wanita, iaitu Firaun Hatshepsut pada zaman emprayar

·       Antara pembaharuan yang dijalankan oleh Firaun Hatshepsut ialah membina terusan untuk pertanian dan menukarkan padang pasit kepada tanah pertanian yang subur

·       Pencapaian Firaun Hatshepsut dapat membuktikan wanita mampy memerintah dan memiliki taraf yang tinggi.

Pengkhususan pekerjaan

·       Masyarakat Mesir menjalankan pengkhususan pekerjaan seperti menenum kain, membuat barang tembikar, membuat pelbagai jenis peralatan, melombang emas, berdagang dan nertani

·       Tekstil dan kertas menjadi export Mesir Purba

·       Sg Nil menjadi system pengangtukan air yang terpenting

·       Sistem tulisan

·       Sistem tulisan Tamadun Mesir Purba dipanggil hieroglif

·       Hieroglid berasaskan kombinasi gambar dan symbol yang berdasarkan bunyi

·        Kepentingan system tulisan dalam tamadun ini adalah until mencatat rekod pertanian, merekod pengutipan cukai, merekod urusan keagaamn dan merekod amalan ritual kepercayaan.

Agama dan kepercayaan

·       Masyarakat mengamalkan politesme, iaitu percaya kebada bangyak tuhan

·       Setiap tuhan yang disembah dikaitan dengan unsure alam seperti Re( Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Anging)

·       Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati



Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Seni bina

·       Pembinaan pyramid dapat melambangkan ketamadunan masyarakayMesir Purba

·       Pembinaan pyramid adalah hasil ilham Umhotep, seorang penasihat kepadaafairaun adajoser

·       Beliau merupakan seorang saintis, ahli fizik, arkitek, pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera

Ciptaan kertas

·       Masyarakat telah berjara mencipta kertas yang diperbuat daripada pokok papyrus

·       Penciptaan kertas memudahkan kerja-kerja penulisan untuk menyimpan segala khazanah bangsa

Sistem tulisan

·       Sistem pendidikan diwujudkan untuk kanak- kanak daripada keluarga atasan

·       Pendidikan sidampaikan kepada mereka sejak mereka masih kecil

·       Rumah ibadat yang mengurusakan institusi pendidikan diletakkan di bawahpentadbiran kerajaan

·       Tuhuan utama pendidikan adalah untuk melahirkan pegawai kerajaan khususnya jurutilis yang terlatih dan sempurna.

·       Mereka diajar ilmu geomatri, matematik dan sains agar mereka mahir dan boleh menguruskan hal-ehwal pertanain, pengawalan air Sg Nil dan pembinaan bangunan serta pyramid

Ilmu Perubatan

·       Ilmu perubatan berkembang maju dalam Tamadun amaesir Purba dan Berjaya melahirkan ramai pengamal perubatan

·       Kemajuan ilmu perubatan telah membawa kepada penciptaan teknik memumiakan mayat

·       Matematik dan astronomi

·       Perkembangan dalam bidang matematik dan astronomi membolehkan orang Mesir Purba mengawal banjir Sg Nil yang berlaku sekali dalam masa setahun

·       Sistem pengairan dibina oleh pemerintah Mesir Purba dan berjaya menukarkan kawasan padang pasit menjadi kawasan pertanian       

·       Perkembangan bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba mencipta calendar yang mem[unyai 365 hari dalam satu tahun dan mereka membahagikan satu tahun kepada 12 bulan.