Tamadun
Hwang Ho
Lokasi
·
Sungai merupakan nadi
utama bagi pembentukan tamadun Hwang Ho.
·
Tamadun ini muncul
daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.
·
Hwang Ho merupakan
sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara
negara China .
·
Hwang Ho mengalir dari
kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
Ciri-ciri
fizikal lokasi : bergunang-ganang dan berpadang pasir .
·
Kemunculan tamadun
dikesan daripada jumpaaan tengkorak homo
sapien , juga dikenali sebagai Peking
Men pada sekitar tahun 400 000 S.M..
(Jumpaan
ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik)
·
Zaman Neolitik muncul
pada sekitar tahun 5000 S.M..
(Era ini munculnya
akitiviti pertanian dan penternakan.)
·
Dinasti Hsia merupakan
dinasti beraja pertama di China yang bermula pada sekitar tauhn 2205-1766 S.M..
-Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang
,kebangkitan hamba telah dimunculkan kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.
-Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah
Sungai Wei megambil kesempatan untuk mengyingkirkan dan menggantikan
pemerintahan Shang dengan pemerintana Dinasi Chou.
Proses
Pembentukan Tamadun Hwang Ho
·
Kesuburan kawasan sekitar
Hwang Ho telah menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap , membina
petempatan awal.
·
Mereka menjalankan
aktiviti pertanian ,penternakan binatang ,mengunpul hasil hutan dan memburu.
·
Perkembangan
petempatan awal ini melahirkan
beberapa buah Bandar di Lembah Hwang Ho.
·
Anyang merupakan
pusat kerajaan Dinasti Shang .
Pembentukan Dinasti Shang telah membawa
kemajuan dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran buadaya ke kawasan
sekitar Lembah Hwang Ho.
Negara
Kota -Anyang
·
terletak di kawah tanah
tinggi di Sungai Huan
·
terdapat istana , kuil
dan pusat pentadbiran di Bandar.
·
Ketua
pemerintahan(raja, golongan pembesar dan golongan agama) tinggal di kawasan
bandar.
·
Bandar Anyang
dilengkapi dengan tembok .
v Untuk
menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh
perkampungan yang didiami oleh
masyarakat petani.
Organisasi
Sosial
·
Susun lapis dalam
organisasi sosial masyarakat Shang dapat dibahagikan kepada dua , iaita lapisan
atasan dan lapisan bawahan
·
Golongan raja dan
pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
·
Lapisan bawahan
dibentuk oleh golongan petani.
Golongan ini yang membentuk sebahagian besar
pendudukyang mendiami kawasan tinggal
di luar bandar , inaitu di sekeliling Negara kota.
·
Golongan artisan juga
terdapat dalam lapisan bawahan.
Golongan ini
wujud sebahagian besar kerana penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.
·
Gangsa telah digunakan
untuk menghasilkan senjata,perisaidan hiasan pada kereta kuda (digunakan oleh
tentera ,serta peralatan untuk upacara keagamaan)
·
Hanyalah golongan
pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
·
Maka, golongan pembesar
menggunakan keistimewaan mereka untuk menundukkan golongan bawahan.
·
Golongan paling bawah
dalam masyarakat Shang ialah hamba.
v Perhambaan
merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.
Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho.
Pengkhususan
pekerjaan
·
Terdapat dua kumpulan
tentera :
-
Tentera yang
menggunakan kereta kuda
-
Tentera berjalan kaki.
·
Golongan petani sebagai
tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan untuk memenuhi keperluan golongan
atasan .
·
Golongan artisan yang
berperanan untuk cipta pelbagai barangan tembaga .
·
Golongan hamba
berfungsi sebagai :
-
Tentera paksaan
-
Digunakan untuk
membantu kerja-kerja perburuhan
-
Untuk tujuan korban
dalam upacara penyembahan.
Sistem
pemerintahan
·
Dinasti Shang berbentuk
pemerintahan beraja .
·
Pengganti raja dilantik
daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atatu anak lelaki raja.
·
Raja berkuasa secara
langsung di kawasan pusat pentadbiran .
·
Masyarakat tamadun ini
percaya bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
Mandat
daripada tuhan :
Masyarakat Hwang Ho
percaya bahawa raja memerintah dengan adil , kerajaan dan rakyat akan menikmati
kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan.
·
Urusan pentadbiran raja
dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
·
Bagi wilayah di luar
pusat pentadbiran , pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan.
·
Golongan bangsawan
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
-Mereka
berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti: pungutan
cukai , pertahanan, undang-undang
·
Dinasti Chou telah
mengasimilasikan sistem yang sama apabila mereka mengambil alih pemerintahan
Shang.
Dinasti Chou
·
Raja – raja Dinasti
Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah.
·
Mereka telah melantik
pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
·
Raja-raja Dinasti Chou
mengikat pembesar tempatan melalui :
-Ikrar taat setia
kepada pemerintahan Chou
-Memberikan hadiah
seperti kereta kuda ,senjata gangsa ,hamba ,binatang
·
Mereka juga diminta
melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang .
·
Pembesar tempatan
diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama
-
Untuk menjalankan
upacara pengorbanan
Agama
dan kepercayaan
·
Masyarakat tamadun
Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan :
Animisme
Kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok
mempunyai semangat (jiwa dan roh ) orang mati
Politeisme
Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan
·
Masyarakat Shang
mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
·
Mereka juga menyembah
tuhan syurga ( Shang-ti) , tuhan bumi
(Tu)
, di samping penyembahan terhadap sungai , bukit dan gunung.
·
Upacara penyembahan
melibatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban yang diketuai oleh
golongan bomoh.
·
Jumpaan tulang binatang
dan kulit kura kura di Anyang juga merupakan keunikan tamadun ini .
-
Tulang yang ditemui
dikenali sebagai tulang oracle.
-
Fungsinya adalah untuk
meramal sesuatu keadaan.
-
Golongan bomoh yang
terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun
api sehingga timbuh rekahan .
-
Rekahan ini akan
ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Sistem
Tulisan
·
Rekahan-rekahan pada
tulang oracle telah menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta
tulisan.
·
Tulisan China berbentuk
ideogram ,iaitu tulisan berbentuk symbol.
Sumbangan
Tamadun Hwang Ho
1.
Pembinaan
sistem pengairan
·
Terusan-terusan telah dibinakan
untuk mengairkan kawasan pertanian dan
mengelakkan berlakunya banjir.
·
Sistem pengairan ini
telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya
China.
·
Sebuah terusan telah
dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian .
2.
Pembangunan
dalam sector pertanian
·
Pembangunan ini telah
membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
·
Pada zaman ini , petani
mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
·
Petani China juga mula
menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat
daripada besi.
3.
Sistem
Tulisan
·
Sistem tulisan ini
telah berkembang secare evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga
hari ini.
·
Tulisan ini telah
digunakan dalam penulisan dan percetakan secara luas.
·
Tulisan ini juga diajar
di sekolah-sekolah di China.
·
Tulisan ini terus
berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
4.
Pemujaan
roh nenk moyang
·
Merupakan salah satu
kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini.
·
Misalnya, unsur korban
manusia tidak lagi diamalkan.
·
Unsur ini telah
digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barangan perhiasan.
5.
Konsep
Yin dan Yang , Feng Hsui
·
Ini merupakan dua
daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China.
·
Orang China percaya
bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling
melengapi , iaitu Yin dan Yang.
-Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.
·
Semasa pemerintahan
Shang , sistem kalendar telah diperkenalkan.
·
Kalendar ini terdapat
30hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
·
Raja menggunakan
kalendar ini untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
·
Amalan penggunaan
calendar telah diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara
perkahwinan ,perburuhan ataupun pengkebumian.
6.
Pengamalan
falsafah perang Sun Tzu
·
Karya falsafah ini , the Art of War telah membicarakan
tentang:
-Selok-belok perang
-Cara menangani musuh
·
Falsafah tersubut juga
diaplokasihkan sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini.